Penyanyi rap popular MK K-Clique sekali lagi jadi tumpuan warganet apabila membuat kejutan dengan membawa isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin menaiki belon udara panas. Menerusi satu muat naik video di laman Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan turut berkongsi detik perkenalan bersama isteri pada awal perhubungan mereka. MK berkata, dia mengaku sukar untuk mengurat atau memikat hati wanita berusia 26 tahun itu yang mengambil tempoh satu tahun kerana tidak dilayan selepas berkenalan melalui media sosial Instagram. Klik sini untuk lihat video.
“Saya kenal Siti Hajaar dari media sosial, nampak Instagram dia tapi private. Pastu saya periksa gambar profil, saya screenshot dan zoom. Lawa. Saya cuba setahun (memikat), baru ke peringkat seterusnya. Susah, sombong (sikap Siti Hajaar) yang alhamdulillah la,” kata anggota kumpulan K-Clique itu. Difahamkan, video tersebut dihasilkan pasangan itu bagi mempromosikan sebuah jenama produk daging perap sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai. Rata-rata pengikut MK tinggalkan komen positif terutama terhadap personaliti dan penampilan Siti Hajaar yang dilihat sentiasa sejuk mata memandang.
Tidak kurang terdapat juga segelintir individu mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selain dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar selamat disatukan pada majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang pada 16 Jun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.