PELBAGAI cara sudah dilakukan termasuk ikhtiar secara tradisional, namun ‘pejuang dua garis’ masih juga gagal mendapatkan zuriat. Nak lakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pula, sumber kewangan masih tidak mencukupi. Usia pun sudah semakin lanjut jika masih tidak hamil. Apa kata anda semak kembali produk kegunaan harian seperti yang disarankan pegawai perubatan Klinik Raihana, Dr Raihana Ismail. Malah beliau pernah mengakui keguguran sebanyak tiga kali sebelum berjaya mendapatkan cahaya mata pertama.
“Keggran kehamilan kimia nama diagnosis tu. Jadi saya dapat kenal pasti apakah bahan kimia yang sebenarnya tak boleh ada dalam badan. Kalau saya masih konsisten menggunakannya, ia akan menyebabkan telur saya tidak berkualiti… kromosom defect ataupun sperma suami saya akan bermasalah. “Jadi ia menyebabkan perkembangan embrio tak dapat berlaku,” ujarnya. Tiga bahan yang terkandung dalam produk kegunaan harian seperti syampu, losyen mahupun penjagaan wajah ini akan menyebabkan sel termutasi pada masa sama punca kepada knsr.
1. Phalates. Awas ya! Ia juga ada banyak nama lain seperti DMP atau dibutylphalates DBP dan DEP (diethylphalates).Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) sememangnya tidak meluluskan phalates. Kebiasaanya ia digunakan bagi membolehkan haruman wangi tahan lama. Ibu bapa juga perlu sentiasa pantau kerana ia banyak terdapat dalam produk penjagaan bayi. Berdasarkan kajian yang dilakukan menerusi air kencing, phalates terkandung di dalamnya sekali gus menunjukkan ia adalah bahan kimia yang boleh diserap ke dalam uri dan tali pusat anak.
2. Triclosan. Kebiasaannya digunakan sebagai antiseptik atau anti mikrobia. Ia digunakan untuk produk pencegahan kuman seperti produk mandian yang sering tertulis klls bacteria. Kalau digunakan secara berterusan dan berlebihan akan memberi kesan kepada risiko resistant atau bakteria menjadi kebal dengan bahan pembasmi. Ia akan menyebabkan bakteria berkenaan menjadi semakin kuat. Bahan kimia ini boleh memasuki pembuluh drh dan kesannya akan mimik kepada hormon lelaki dalam badan wanita jadi kilang kelur menjadi ‘terbalik’. Ada kajian yang menunjukkan triclosan ini boleh meresap masuk ke dalam susu ibu kerana sifatnya yang mudah menyerap. Ia boleh juga menyebabkan sel termutasi dan kecctan awal janin ataupun keggran akan berlaku.
3. Paraben. Majoriti produk di pasaran ada bahan kimia ini terutama syampu dan conditioner. Ia boleh meresap ke dalam kulit kepala dan masuk ke dalam drh untuk mimik kepada hormon palsu. Jadi berlaku ketidakseimbangan hormon. Berdasarkan kajian terhadap pesakit knsr payudara, paraben dikesan terkandung dalam tisu payudara. Jadi pilihlah yang natural dan organik ya. Pasaran semasa pun sudah banyak produk yang mengutamakan bahan organik. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.