PELAKONÂ Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dan teruja apabila anak keduanya iaitu Putri Raysha Jemyma sudah pandai mengaji dan kini menyambung bacaan al-Quran. Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, biarpun Jemyma agak lambat memulakan membaca al-Quran pada usia 8 tahun, dia tetap berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu. “Syukur Alhamdulillah, Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran pada usia 8 tahun.
“Walaupun sedikit terlambat disebabkan pandemik terlalu lama, kami tetap berbangga dengan kejayaan anak-anak semua… slowyly but surely InsyaAllah,” katanya. Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut mengucapkan terima kasih buat guru agama yang telah mendidik anaknya sehingga berjaya menyambung bacaan al-Quran. “Terima kasih ustaz dan ustazah kerana membimbing anak kami. Syukur Alhamdulillah. “Simpan sini (foto) untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat barakah dari Allah SWT,” ujarnya.
Dalam foto dikongsi itu, turut kelihatan suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz. Malah, bekas suami iaitu Rizal Ashram atau Jejai turut sama hadir meraikan kejayaan anak mereka. Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10 dan Jemyma, 8. Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.