Semalam, bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, 49, telah dibebaskan daripada tuduhan mengedar bahan terlarang jenis kanabis seberat 374.6 gram, dua tahun lalu. Memetik Berita Harian, Ismahalil meluahkan rasa syukur apabila dengan pembebasan tersebut dia berpeluang untuk menjadi wali kepada anak perempuannya yang bakal bernikah pada Ogos depan. “Saya bakal menerima menantu, anak sudah bertunang dan bakal berkahwin pada Oktober depan. Syukur, Alhamdulillah saya boleh menjadi wali kepada anak perempuan saya.”
Dalam pada itu, Ismahlil berkata dia juga akan mengotakan janji kepada arwah bapanya untuk menjaga ibunya yang kini menetap di Sepang. Menurutnya, perkara pertama yang ingin dilakukan selepas dibebaskan adalah berjumpa ibunya, Salbiah Mat Noor, 88, yang kini sedang sakit. “Saya mahu pulang ke kampung untuk berjumpa emak. Saya juga ingin menjaga emak kerana sudah berjanji pada arwah ayah. Lagipun sudah dua tahun saya tidak dapat berjumpa emak.” Pada 21 Februari lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar bahan terlarang jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Ismahalil didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mt atau ditahan seumur hidup dan minimum 12 sebatan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.