Adora Magic City, iaitu kapal persiaran mega buatan China yang pertama selamat berlabuh di pelabuhan Shanghai pada Isnin, selepas menyelesaikan pelayaran percubaan selama lapan hari. Pelayaran percubaan kali ini telah mencapai piawaian yang ditetapkan, sekali gus menandakan pencapaian signifikannya dan fasa penyerahan kepada pembeli dijadualkan pada penghujung tahun ini.
Untuk rekod, pelayaran percubaan yang bermula pada 17 Julai itu melibatkan ujian merangkumi lebih 60 aspek, termasuk sistem pendorong, sistem pengendalian dan keselesaan. Ketua arkitek projek kapal persiaran mega dari syarikat China Shipbuilding, Zhou Qi, berkata pihaknya telah berjaya menyelesaikan misi pelayaran percubaan pertama mengikut jadual.
Ia bukan sahaja untuk mengesahkan kuasa pelayaran kapal, tetapi juga untuk memeriksa keselesaan seluruh kapal dan menguji pengoperasian pelbagai sistem. Ini ujian komprehensif kali pertama,” katanya. Menurut laporan, seramai 1,217 individu menyertai pelayaran percubaan itu dan Adora Magic City kini berada pada fasa penyahpepijatan sistem peralatan dan hiasan dalaman.
Kejayaan pelayaran berkenaan turut meletakkan asas kukuh untuk pelayaran percubaan kali kedua dan penamaan serta penyerahan pada penghujung tahun ini. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.