Pakar seismologi menyatakan bahawa konsert Taylor Swift yang diadakan di bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan berlakunya aktiviti seismik menyamai gempa bumi berkekuatan 2.3 pada skala Richter. Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, data itu direkodkan ketika konsert jelajah The Eras Tour diadakan di Stadium Lumen Field pada 22 dan 23 Julai lalu.
Seorang pakar seismologi, Jackie Caplan-Auerbach berkata, gegaran itu berpunca daripada peminat Swift atau sistem bunyi di konsert tersebut. Ia mengatasi rekod gegeran dikenali sebagai ‘Beast Quake’ yang berlaku pada 2011 apabila peminat-peminat bola sepak meraikan sepakan gol Marshawn Lynch daripada pasukan Seattle Seahawks ketika menentang New Orleans Saints.
Caplan-Auerbach yang merupakan seorang profesor geologi di Universiti Washington Barat berkata, perbezaan kekuatan gegaran semasa dua konsert itu hanya 0.3, namun kejadian kali ini dua kali ganda lebih kuat.
Saya mengambil data daripada kedua-dua konsert itu dan dengan pantas menyedari bahawa ia adalah corak isyarat yang sama,” katanya. – Agensi. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.