Seorang lelaki di Brazil, Junior Bevilaqua yang tidak mendedahkan umurnya ini melabelkan dirinya sebagai patung ‘Ken’ di dunia nyata. Kalau ada yang tidak mengenali siapa ‘Ken’, ia merupakan watak patung lelaki yang menjadi pasangan kepada anak patung ikonik seluruh dunia iaitu Barbie. Menurut Daily Star, Junior telah berbelanja sekitar USD80,000 atau hampir RM363 ribu untuk mendapatkan wajah dan bentuk badan seperti Ken tersebut. Model dan juga pelakon yang mendapat jolokan Ken versi Brazil berkenaan mendedahkan dia telah menjalani pelbagai prosedur operasi bagi merealisasikan impiannya tersebut.
Tambahnya lagi, sejak beberapa tahun lalu, dia telah menjalani kira-kira 80 prosedur operasi, baik untuk tujuan touch-up mahupun operasi ekstrem dan bercadang untuk mendapatkan beberapa lagi operasi. Jelasnya lagi, dia telah menjalani operasi liposuction iaitu untuk membuang lemak, dua operasi hidung dan operasi untuk membentukkan semula rahang. Dalam masa yang sama, dia juga mengakui akan menjalankan prosedur ‘touch-up’ setiap bulan bagi mengekalkan penampilannya termasuklah mendapatkan suntikan Botox dan lain-lain.
Minat masing-masing kan, ada yang sanggup berhabis ratusan ribu untuk kepuasan diri sendiri. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.