Pada Sabtu yang lalu, ribuan umat Islam telah membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Majlis KL Munajat bersama pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad dan Sheikh Aleey Abdul Qadir. Selain membacakan selawat beramai-ramai, Ustaz Abdul Somad turut menyampaikan ceramah pada malam berkenaan. Dalam ceramah itu, Ustaz Abdul Somad mengingatkan para hadirin agar sentiasa meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T kerana ianya mampu membentuk peribadi yang kental dalam menghadapi sebarang ujian. Klik sini untuk lihat video.
Bagaimanapun, apa yang jadi perhatian wargamaya apabila aktor terkenal tanah air, Datuk Adi Putra berpeluang memakaikan tanjak serta menyarungkan keris pada Ustaz Abdul Somad sewaktu ketibaanya. Adi menerusi kemas kini di TikTok memuat naik momen istimewa tersebut sebagai kenangan dan buat tatapan umum. Pun begitu, Adi tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, sebaliknya hanya menulis kalimah Alhamdulillah sebagai tanda syukur diberi peluang sedemikian.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyifatkan aktor filem Mat Kilau itu sebagai seorang yang bertuah kerana diberi penghormatan tersebut. Malah, wargamaya turut menumpang gembira menyaksikan momen cukup bermakna itu. Dalam masa sama, ada juga wargamaya yang mengucapkan rasa syukur kerana menjadi salah seorang ribuan umat yang membanjiri Dataran Merdeka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.