PENAMPILAN penyanyi Lisa Blackpink sekali lagi menjadi bualan warganet apabila mengenakan baju secara terbalik. Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal berkongsi beberapa keping foto dia sedang bercuti di Paris. Namun perkongsiannya itu menarik perhatian warganet apabila penyanyi berusia 27 tahun itu dilihat mengenakan sweater dengan perkataan ‘Blackpink’ secara terbalik. Malah dalam foto itu juga terlihat jelas jahitan daripada dalam baju membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi berkenaan sengaja memakai baju terbalik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya tetap memuji kejelitaan Lisa walaupun dia mengenakan gaya tersebut. “Dia pakai apa pun nampak cantik, sekali imbas tak perasan pun terbalik. “Saya baru perasan dia pakai baju terbalik, mungkin akan jadi ikutan nanti. “Saya rasa dia sengaja pakai baju terbalik sebab nak tunjuk nama Blackpink,” antara komen warganet. Sebelum ini, nama Lisa juga menjadi bualan ramai apabila tidak malu mengenakan stoking yang koyak walaupun bergelar jutawan. Tindakannya itu membuatkan ramai memuji dia seorang yang rendah hati.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.