Seorang Youtuber dan pencipta kandungan di Jepun menjadi bualan dalam kalangan warganet gara-gara video yang memaparkan dirinya sebagai anjing viral di media sosial. Menerusi video yang dirakam tahun lalu bagi siaran stesen televisyen Jerman, RTL itu, Taco dilihat sedang bermesra dengan orang awam di sebuah taman. “Saya menjadi collie (baka anjing) memenuhi impian saya sejak kecil untuk menjadi seekor haiwan,” katanya menerusi video berkenaan. Syarikat Jepun Zeppet, yang sering membuat kostum untuk iklan TV dan filem merupakan entiti yang bertanggungjawab mereka kostum anjing hiper-realistik untuk Taco.
Menurut mereka, kostum berkenaan mengikut baka anjing jenis collie dan disiapkan dalam tempoh 40 hari. Difahamkan, kos penghasilan kostum tersebut mencecah AS$22,000 (RM100,000). Video Taco bersiar-siar di taman kini menerima lebih dua juta tontonan selepas dimuat naik minggu lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.