Kes seorang jutawan yang mahu bekas isterinya memulangkan aset berjumlah 288 bilion dong (RM56.20 juta) ditangguhkan di sebuah mahkamah di Bandar Raya Ho Chi Minh hari ini, lapor portal berita VNEXPRESS.
Kes ditangguhkan selepas peguam bekas isteri jutawan itu meminta penangguhan. Ia berikutan beberapa peguam dan orang yang mempunyai kepentingan berkaitan kes tersebut tidak hadir ke mahkamah semasa perbicaraan. Hakim menerima permintaan itu dan berkata, tarikh baharu perbicaraan akan diumumkan kemudian.
Nguyen Duc An, 61, menyaman bekas isterinya yang juga seorang model, Pham Thi Ngoc Thuy, 43, untuk mendapatkan semula aset bernilai 288 bilion dong daripadanya.
Ngoc Thuy mendapat julukan Marilyn Monroe Vietnam. Mereka berkahwin pada 2006 dengan dan bercerai dua tahun kemudian. Pada 2010, Duc An memfailkan saman itu kerana mendakwa bahawa bekas isterinya gagal memulangkan hartanah yang dibeli Duc An menggunakan wangnya sebelum dia berkahwin termasuk sejumlah saham, kereta dan apartmen, vila dan tanah di negara berkenaan. – Agensi
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.