Caprice cabar individu yang letakkan barang berupa ritual sihir di kereta isterinya untuk tampil

Penyanyi Caprice mencabar individu yang meletakkan barang berupa ritual sihir di kereta isterinya, Farra Inalis atau Elis di kediaman mereka tampil bersemuka dengannya. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, percaya perbuatan itu disengajakan dan menyifatkan ia satu ancaman terhadap keselamatan keluarganya.

Saya tak tahu ini siapa dan bagaimana dia tahu kami tinggal di mana. Tempat ini sangat-sangat privasi dan kami tak pernah dedahkan kami tinggal di mana. Bagaimanapun, seseorang letak sesuatu di kereta isteri saya. Kereta lain tiada masalah. Saya percaya isteri saya jadi sasaran. Ini tak kelakar dan tak lawak dah. Ini sudah tahap mengganggu keselamatan keluarga saya,” katanya.

Dalam hantaran video di Instagram, pengawal keselamatan kediamannya dilihat memegang dan membuka barang ditinggalkan itu.

Ia seperti kain putih atau tisu yang dibungkus dengan pelitup muka berwarna hitam. Ia diletakkan di atas bonet kereta berwarna hitam. Caprice dan isterinya membuat laporan di Balai Polis Mont Kiara, di sini. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.