Belum habis lagi isu poligami, Caprice akui tak berani nak ulas sebab nak hidup dengan tenang

Sejak kebelakangan ini, isu poligami telah menjadi topik utama perbualan di media sosial sehingga pelbagai komen diterima daripada warganet. Walaupun ada yang memandang hal tersebut dari sudut positif, namun kebanyakan wanita terutamanya golongan isteri sukar menerima perkongsian berkenaan. Antara yang menjadi ‘mngsa amukan’ isteri adalah selebriti dan juga influencer terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli apabila memuat naik rakaman sebenar sewaktu mengupas isu Abang Tesla.

Terbaru, Caprice meminta agar orang ramai tidak tinggalkan tag kepadanya untuk mengulas berkenaan kisah seorang isteri yang meminang jiran berdekatan rumah untuk dijadikan isteri kedua suami selepas mereka tidak dikurniakan zuriat walaupun sudah bernikah 10 tahun. Ujar selebriti itu, dia meminta maaf kerana tidak berani untuk memberikan komen kerana mahu hidup dalam keadaan tenang setelah kejadian ‘dihempuk’ isterinya.

“Tolonglah jangan tag Caprice dekat berita ni. Tak nak komen, Minta maaf. Cap nak hidup tenang,” tulisnya. Terdahulu, video isteri kepada Caprice, Farra Inalis ‘meradang ‘selepas suaminya seakan menyokong tindakan seorang influencer berkahwin lain telah membuatkan ramai terhibur. Farra dilihat membebel sambil keluar masuk dapur dengan mempersoalkan bacaan dalam solat seseorang lelaki yang belum tentu betul sepenuhnya tetapi sibuk mahu membimbing wanita lain sedangkan sudah ada isteri yang perlu dipertanggungjawabkan.

Pelbagai komen lucu telah menghujani ruangan Instagram Caprice dan rata-rata menyokong tindakan isterinya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.