Penyanyi rap sensasi, Caprice akan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan sebagai hadiah penyelesaian kes saman fitnah antaranya dengan ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal yang selesai secara baik dalam kamar di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, berkata, hadiah ‘kemenangan’ itu iaitu Kia Sportage akan diberikan secara percuma kepada pengikutnya di Instagram. Sebagai hadiah penyelesaian kes saman hari ini, saya akan beri kereta percuma yang pernah Cap (Caprice) beli iaitu Kia Sportage, disebabkan Emilia pun tidak boleh hadir sebagai saksi.
Saya minta maaf, Cap akan menjalankan kempen yang dinamakan Hentikan Keganasan Rumah Tangga, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini. Terdahulu, kes saman SM Faisal terhadap Caprice selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan terbabit di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Saman itu berhubung Caprice memuat naik hantaran fitnah menerusi Instagram miliknya dengan mengaitkan SM Faisal dengan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili SM Faisal selaku plaintif berkata kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu.
“Terma-terma persetujuan antaranya defendan (Caprice) perlu memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dalam tempoh 48 jam manakala terma-terma lain termasuk kos tidak boleh didedahkan secara terperinci.
“Defendan juga sudah membuat permohonan maaf kepada plaintif secara bersemuka,” katanya kepada media selepas prosiding persetujuan itu yang direkodkan di hadapan Hakim Azian Othman pada prosiding dalam kamar, yang turut dihadiri peguam Harjoth Singh mewakili Ariz.
Sementara itu, SM Faisal berkata, beliau gembira kes saman itu akhirnya selesai secara baik manakala Caprice memberitahu dia akan memuatnaik permohonan maaf terhadap plaintif dalam Instagram miliknya.
Menerusi Instagram milik Caprice, dia sudah memuat naik permohonan maaf seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
SM Faisal yang mengemukakan saman itu pada 15 Ogos 2022, berkata pada 27 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.
SM Faisal mendakwa pada 28 Jun tahun lalu, Caprice memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, melalui Instagram defendan yang antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.
Plaintif memohon ganti rugi am, punitif, teladan, teruk dan kos selain perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.