Hubungan antara Eyka Farhana dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Akhyar Rashid bukan lagi satu rahsia apabila pelakon jelita itu mengesahkan sendiri hubungan cinta mereka selepas dihidu peminat ketika menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, sekitar tiga tahun lalu. Terbaharu, aktres berusia 28 tahun berkata, dia menyerahkan segalanya kepada jodoh mengenai hubungannya dengan atlet kelahiran Jitra, Kedah memandangkan masing-masing menjadikan kerjaya sebagai fokus utama.
Jelas pelakon drama Istikharah Cinta, pastinya dia mempunyai perancangan untun berkahwin, akan tetapi menyerahkan segalanya perihal jodoh. “Kami seperti orang biasa, masih berkawan seperti sama saja. Apa yang penting adalah kami baik terhadap satu sama lain. Dia fokus dengan kerjayanya sebagai pemain bola dan begitu juga dengan saya. Malah, kami juga turut menjadi penguat semangat buat satu sama lain. Semestinya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin namun mungkin belum sampai seru lagi. Ini kerana saya percaya kepada perkara itu.
“Buat masa ini, saya hanya ingin melakukan yang terbaik untuk masa hadapan saya. Fokus utama diberikan terhadap kerjaya seni dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT. Tambah Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, dirinya pasti akan berkahwin seandainya sudah sampai seru seperti kata-kata kebanyakan orang lain, sama ada menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan atau sebaliknya. “Seandainya sampai seru saya untuk berkahwin, siapa tahu pada tahun hadapan. Mana tahu juga dua tahun lagi ke kan? Seperti saya katakan tadi, saya selalu percaya bila orang kata, sampai seru tu,” kata Eyka dan memohon doa orang ramai agar semua urusan dipermudahkan.
Sementara itu, Eyka yang juga seorang model mengakui dirinya sudah lali dan memilih untuk tidak lagi melayan komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Eyka berkata, dirinya ada membaca komen warganet, tetapi tidaklah sampai berfikiran negatif atau memberi sebarang respons kerana ia bakal mengeruhkan keadaan semasa. “Sejujurnya saya sudah terbiasa, saya ada baca tetapi tidak sampai berfikiran negatif atau mahu respons kerana bila kita respons, akan jadi lagi teruk. Mungkin apabila orang komen itu betul, saya akan ambil sebagai pengajaran untuk masa hadapan. Manakala, jika ada komen negatif pula, saya memilih untuk abaikan saja,” katanya lagi.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.