SELEPAS beberapa bulan turun naik mahkamah, pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya sah berpisah talak satu pada petang Khamis. Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, melafazkan talak tersebut menerusi panggilan video susulan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat. Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie Hakim Syarie, Shukran Yusof dan kira-kira pukul 3.22 petang. “Bahawa saya Farid Kamil Zahari melepaskan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” lafaz Farid secara atas talian.
Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson, 32, kelihatan tenang ketika lafaz dibacakan. Peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan sebelum itu memberitahu pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian selepas anak guamnya bersetuju melafazkan talak. Dalam pada itu, Fakhrol memaklumkan Farid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan susulan baru pulih daripada jangkitan Covid-19 sebelum ini. “Hal ini (ketiadaan Farid) agak last minute. Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan Covid-19.
“Kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik,” ujarnya. Sementara itu, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, yang ditemui di luar mahkamah sebelum prosiding berlangsung memberitahu tidak meletakkan sebarang jangkaan dan sedia dengan keputusan dibuat mahkamah. “Saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk hari ini (Khamis). Apa sahaja yang berlaku kita kena bersedia,” ucapnya. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.
Diana memfailkan tuntutan talak pada awal Mac lalu namun dalam Farid enggan melafazkan talak terhadap isterinya itu. Pasangan ini juga telah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) seperti yang telah ditetapkan mahkamah namun gagal menemui jalan penyelesaian. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.