Pelakon Bell Ngasri berharap warganet berhenti melemparkan kecaman terhadap bintang remaja Qistina Raisah berhubung kenyataan yang disalah anggap segelintir pihak. Katanya, komen ditinggalkan menerusi Instagram hanya gurauan kerana dia tahu apa dimaksudkan Qistina bukan ditujukan kepadanya, apatah lagi mereka sudah kenal lama sejak aktres berusia 15 tahun itu kecil lagi.
Tengok-tengok ada yang kaitankan kononnya saya ‘sekolahkan’ pula Qistina susulan artikel terbabit. Saya dah kenal dia lama, malah kami banyak berlakon sama-sama. Jadi minta tolong hentikan salah faham dan jangan lagi hentam dia,” katanya kepada Kosmo! Online.
Menurut Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABP35) itu, ibu merangkap pengurus pelakon tersebut, Roszana Aminuddin ada menghubunginya, baru-baru ini. Pelik juga dulu tak siapa pun peduli kalau saya tinggalkan respons dalam Instagram pihak lain, maknanya memang sekarang saya kena hati-hati,” katanya lagi.
Semalam, pelakon filem Rahsia itu meluahkan perasaan terkilan terhadap sebuah portal hiburan yang didakwa memfitnahnya menerusi artikel seolah-olah dia dengkikan pelakon lain yang mendapat anugerah. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.