KEGAGALAN dalam perhubungan sebelum ini membuatkan usahawan kosmetik Joy Revfa berdepan dengan isu kepercayaan terhadap pasangan. Lebih membuatkan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 36, bimbang apabila tunangnya iaitu Dr Adrian Yeah memaklumkan sering menerima gangguan daripada wanita tidak dikenali. Bukan itu sahaja, ada juga wanita berani menghantar video separuh bgl dengan niat menggoda Adrian. “Saya akui mempunyai masalah kepercayaan dalam hubungan disebabkan dugaan sebelum ini bersama bekas suami… saya takut sangat sekiranya bakal suami saya curang.
“Adrian selalu beritahu ada perempuan cuba untuk ganggu dia… sampai ada yang beri video tak senonoh bertujuan nak menggoda. Memang ramai perempuan murahan di luar sana… saya sering pesan pada Adrian untuk tidak melayan dan memberi respon,” katanya. Bercakap soal hubungannya dengan Adrian, Joy memberitahu dia dilamar oleh lelaki itu pada Jun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga, Januari tahun depan. Kata Joy, mereka bertunang secara tidak rasmi di hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36 baru-baru ini dan merancang untuk membuat majlis pertunangan pada Disember depan.
“Kami bertunang secara tak rasmi sewaktu birthday saya pada 24 Jun lalu. Dia tiba-tiba melamar dan memberikan cincin. “Jadi, kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan sebulan sebelum akad nikah pada Januari tahun depan,” ujarnya. Dalam pada itu, Joy tidak menafikan hubungannya bersama Adrian turut diuji kerana masing-masing mempunyai sikap cemburu antara pasangan. Namun, sikap tolak ansur dan saling memahami menjadi antara faktor ikatan hubungan mereka masih kekal bahagia. “Mula-mula dulu memang kami selalu gaduh juga sebab dua-dua pun kuat cemburu. Kalau ada lelaki yang kacak mesej saya, Adrian pun akan cemburu.
“Saya juga sama cemburu melihat wanita lain mesej dia tapi kami berdua akan cuba terangkan keadaan sebenar untuk tidak berlakunya salah faham,” jelasnya. Selain memiliki wajah yang tampan, profesion Adrian sebagai doktor juga membuatkan Joy bimbang kerana tunangnya sering bertemu dengan ramai pesakit wanita. Saya tak nafikan memang risau juga sebab dia pun seorang doktor yang selalu jumpa pesakit. Kami sama-sama risau dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin.
“Kepada wanita di luar sana, jangan jadi perempuan murahan beri video tak senonoh pada pasangan orang lain. Saya percaya lelaki yang luar biasa hebat sahaja yang akan tahan godaan dan akan tetap setiap dengan pasangan mereka,” katanya. Menerusi temu bual pada April lalu, Joy memberitahu dia sedang mengenali hati Adrian dan mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa lebih serius. Kata Joy, dia mempunyai tanggungjawab yang besar kerana perlu membimbing Adrian mendalami Islam dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Adrian memeluk Islam pada 24 Mac lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor. Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk berpisah tiga bulan selepas itu. Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 9. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.