SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ‘menggaji’ seekor kucing untuk membantu mengurangkan rasa gugup yang dialami penumpang sebelum menaiki penerbangan, lapor akhbar Metro UK, semalam. Kucing bernama Duke Ellington Morris itu mempunyai akaun Instagramnya sendiri. Kucing baka Moggy berusia 14 tahun itu terlibat dalam program ‘Wag Brigade’ yang turut disertai beberapa haiwan lain.
Program yang dilancarkan pada 2013 itu menggunakan haiwan yang dilatih khas untuk membantu menenangkan penumpang yang gugup sebelum penerbangan. Pasukan itu dahulunya terdiri daripada beberapa ekor anjing, namun kini disertai Morris, si arnab Alex dan si babi LilLou. Semua haiwan itu diperakui oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan San Francisco (SPCA San Francisco) dan menjalani Program Terapi Bantuan Haiwan (ATT).
Sumber: Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.