SELEPAS bertindak melepaskan tudung, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi mencuri tumpuan ramai menerusi perkongsian foto terbaharu di Instagram miliknya pada Selasa. Menerusi perkongsian terbaharu Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusof, 23, memaparkan beberapa foto dirinya yang sedang duduk bersila di atas lantai. Namun bulu kakinya pula menjadi perhatian kerana dilihat tebal dan tidak dicukur. Meskipun mengenakan seluar panjang namun bahagian betis Masya sedikit terdedah membuatkan bulu kakinya jelas kelihatan.
Tidak hanya itu, warganet juga menegur dirinya yang semakin berani menayang bahagian perut dan pusat dengan pakaian pendek. “Ada dua cara untuk gembira, ubah situasi atau ubah fikiran mengenai perkara itu,” tulisnya pada bahagian kapsyen foto tersebut. Dalam pada itu, menerusi ruang komen warganet belum berputus asa menegur penampilannya selain berharap penyanyi itu kembali berfikir keputusannya membuka aurat. Ada pula dalam kalangan pengikutnya yang meminta agar dia tampil dengan gaya lebih baik sekiranya tidak mahu memakai tudung agar imejnya kelihatan lebih sofisikated dan anggun. “Kalau bertudung dan menutup auratkan cantik, taklah orang kira bulu kaki tu.
“Tolong cukur bulu kaki itu dulu kalau nak tayang. “Kita semua diuji tapi dia terus tayang pusat sama bulu kaki,” komen warganet. Pada Ahad lalu, Masya tampil cantik memakai baju berona merah jambu tanpa memakai tudung mengejut peminatnya. Sebelum ini, Masya pernah menerima kritikan daripada warganet kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.