Demikian peringatan pelakon, Puteri Sarah terhadap wanita didakwa bekas kakak ipar kepada Ira Kazar yang dikatakan masih mengganggu ketenteramannya. Akui aktres itu, selepas memuat naik hantaran berupa tohmahan, individu sama meminta untuk bersemuka.
Namun ibu kepada dua cahaya mata itu tetap bertegas dengan keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut. Enggan lagi terus dijadikan modal fitnah, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga menolak ajakan wanita terbabit yang mahu bersua muka dengannya.
Tegas Puteri Sarah lagi, dia tidak akan memulakan peperangan andai pihak terbabit tidak ‘menjentik’ terlebih dulu. Katanya, ini bukan masa untuk berdrama seperti tanggapan pihak berkenaan memandangkan jadual kerjanya sudah cukup padat.
Kalau awak tidak memulakan, saya tidak akan memulakan. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua kali turun naik Jakarta, tiada masa nak berdrama, nak cari pasal,” ujarnya. Tambah personaliti popular berusia 37 tahun itu, dirinya sudah memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan Syamsul Yusof.
Dalam perkongsian semalam, Puteri Sarah mendedahkan individu bernama Wiwie Darvienda Mazweena seakan-akan tidak bersyukur saman terhadap bekas madunya serta dua ahli keluarga sudah ditarik apabila wanita tersebut terus berbunyi.
Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua pihak antara lain menyatakan Ira atau sesiapa berkaitan anak pelakon Kazar Saisi itu tidak menjejaskan ketenteraman Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam , 6, dan Summayah, 5.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.