Meskipun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu, Nur Najwa Nabilah Mohamad Nazarie atau mesra disapa Najwa tidak malu dengan kekurangan yang ada padanya. Sebaliknya, gadis berusia 22 tahun itu aktif mengetengahkan dirinya di TikTok malah tidak lokek memberi tunjuk ajar mengenai cara penggunaan bahasa isyarat menerusi perkongsian video.
Keyakinannya itu menarik perhatian ramai hingga mengumpul hampir 150,000 pengikut di TikTok sehingga kini. Bercerita lanjut, Najwa berkata, dia aktif di TikTok sejak tahun lalu dan niatnya adalah untuk mengajar orang ramai bahasa isyarat selain mencari kenalan baru.
Saya nak mengajar bahasa isyarat kerana mahu orang luar belajar sekali gus tahu cara berinteraksi dengan golongan seperti saya. Alhamdulillah, ramai berminat nak belajar malah ada dalam kalangan pengikut yang bertanya cara menggunakan bahasa isyarat untuk sesuatu perkataan.
Pengikut saya juga semakin bertambah cuma ada yang cakap saya menipu menjadi orang bisu tetapi lebih ramai positif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi kiriman mesej di WhatsApp. Berkongsi kisahnya, Najwa berkata, dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Pendidikan Khas (SKPK) di sini sejak berumur empat tahun.
Menurut Najwa, dia kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri daripada tingkatan satu hingga lima sebelum meneruskan pengajian peringkat sijil Politeknik Kota Kinabalu, Sabah dalam jurusan kulinari. Cabaran saya adalah nak berkomunikasi dengan orang lain namun lama kelamaan saya cuba biasakan diri.
Saya juga sudah terima kekurangan diri dengan hati yang terbuka, tak marah jauh sekali kecewa kerana Allah takdirkan saya pekak dan bisu tetapi sihat tubuh badan. Ada hikmahnya dan apa yang penting disayangi orang sekeliling sayang dan tidak peduli jika ada yang tidak sukakan saya,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.