Orang lelaki tak boleh ada duit, kali ni Kak Km pula bersuara pasal isu Abg Tesla

SUSULAN kisah rumah tangga influencer dikenali Abang Tesla berkahwin dua tular di media sosial, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM tampil memberikan pandangan peribadinya. Mengulas mengenai kontroversi berkenaan, Kak KM berpendapat lelaki yang beroleh kekayaan lebih mudah untuk mencari wanita lain kerana berasakan diri mereka sudah memiliki segalanya.”Tapi apa yang boleh kita rumus dekat sini, sebenarnya lelaki ini tidak boleh ada duit.Bila ada duit saja kau menggelabah tengok perempuan. Padahal sebelum ini dia buat kenyataan kita kena setia pada yang satu.

“Janganlah cakap tak serupa bikin bang… bencilah! Eh, tak sukalah saya. Memang semua lelaki tak boleh ada duitlah,” katanya. Kak KM berkongsi luahan itu menjawab pertanyaan seorang pengikut yang meminta pandangannya berhubung isu itu di aplikasi TikTok. Dalam pada itu, Kak KM berkata dia mula mengikuti kisah lelaki itu selepas dimaklumkan oleh pengikutnya di media sosial. Tidak membantah hukum poligami, Kak KM bagaimanapun mengakui sebagai wanita dan isteri, isu berkenaan agak sensitif terhadap dirinya. “Ramai sangat yang DM saya minta saya komen tentang Abang Tesla ni… daripada saya tak tahu sampai jadi tahu sebab ramai yang cerita pada saya.

“Bagi saya sebenarnya memanglah tak salah kahwin dua tetapi dengan cara dia (Khal) bercakap bini pertama patut dihargai… bini kedua patut dicintai. Saya rasa bengang jugalah sebab kita perempuan kan? Mentang-mentanglah dia ada kuota empat, suka hati dia saja,” ujarnya. Sebelum ini, Abang Tesla nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry menjadi bualan hangat warganet selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina. Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.