MENGURUSKAN empat anak kecil di rumah, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdilah memberitahu ia bukanlah satu tugas yang mudah buatnya. Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, berkata, sebagai bapa dia perlu mengimbangi kehidupan peribadi dan kerjaya dalam memastikan anak-anak mendapat perhatian sebaik mungkin. Meskipun menggunakan khidmat pembantu, Jamal berkata itu bukan alasan untuk lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab bagi meringankan beban isteri di rumah.
“Bukan mudah ada anak kecil di rumah. Apa lagi dalam usia sekarang ini. Ada ketika fokus saya lari juga dan mengganggu aktiviti harian. Memanglah ada pembantu, tapi saya kenalah tolong juga menguruskan anak-anak di rumah,” katanya. Namun Jamal juga sentiasa percaya bahawa anak-anak adalah rezeki dan amanah yang perlu dijaga. Justeru walau penat bekerja mencari rezeki, penyanyi ini yakin segala yang diusahakan kini adalah untuk kebaikan keluarga di masa akan datang. “Saya kena pasrah dan reda. Walau penat macam mana sekalipun saya kena lakukan yang terbaik.
“Mungkin apa yang saya usahakan sekarang adalah rezeki untuk anak-anak,” ujarnya. Untuk rekod, Jamal dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, Iskandar Rayyan Yamani, 1, serta Rahil Laura Salsabila, 3 bulan. Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. Sementara itu menyentuh perkembangan kerjaya Jamal kini sedang mempersiapkan diri sempena Jamal Abdillah Live in Concert yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September ini.
Bakal menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu-lagu popular nyanyiannya, Jamal juga turut menampilkan dua anak lelakinya iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamami pada malam tersebut. Baginya meneruis konsert sebegini juga adalah cara untuk terus memikat hati peminat muda selain aktif di media sosial. “Sekarang ini saya cuba untuk memikat dan meraih perhatian peminat muda. Sebab itu saya cuba berjinak-jinak aktif di media sosial supaya lebih dikenali,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.