SEJAK minggu lalu, hangat diperkatakan kononnya pasangan pelakon Amelia Henderson dan Aedy Ashraf bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Ia susulan penularan sebuah video memaparkan Aedy sedang mengukur baju di salah sebuah butik sehingga ada menyangka pelakon itu menempah pakaian untuk berkahwin. Menjawab gosip tersebut Amelia atau Amelia Thripura Henderson berkata, dia terhibur dengan gelagat peminat yang menyebarkan khabar angin tersebut.
Kata Amelia, cerita disebarkan tidak benar malah ketika ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran dan tiada masa membuat persiapan perkahwinan seperti dicanang. “Saya kadang-kadang rasa terhibur dengan warganet bila saya baca ada yang kata saya bakal berkahwin dengan Aedy. Saya macam… eh aku tengah shooting sekarang. “Saya terkejut masa baca, berita itu pula ibu saya yang bagi. Kemudian saya hantar pada Aedy dan dia pun sama terkejut,” katanya.
Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan drama One Million Dollar Voices yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Amelia, 28, memberitahu dia akan mengumumkan sekiranya ada berita gembira mengenai hubungannya kelak. Amelia berkata dia tidak melenting tentang khabar angin tersebut memandangkan dirinya yang membuka ruang warganet mencetuskan pelbagai spekulasi. “Kalau ada apa-apa ingin diumumkan tentang hubungan kami, saya akan umumkan. Bukan warganet yang umumkan.
“Saya tidak mahu jawab apa status hubungan kami, kerana ia adalah sangat privasi untuk saya dan Aedy sendiri. Selagi tiada apa yang kami umum, saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab. “Saya faham semua orang ingin mengetahui status hubungan kami dan kami sendiri yang membuka ruang kepada warganet kerana muat naik gambar dan video kami di media sosial,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.