Personaliti media sosial, Ryan Bakery mendedahkan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan salah satu video konten yang dihasilkan olehnya. Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery video itu tidak menghentam mana-mana pihak sebaliknya merupakan pengalaman sendiri yang pernah dilalui dalam hidupnya. “Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut. Klik sini untuk lihat video.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat. Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya. Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia yang berlangsung di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada Selasa. Disebabkan video itu juga, Ryan berkata ada segelintir pihak yang menegurnya sehingga ke ruangan direct message (DM).
“Video itu merupakan pengalaman saya sepanjang berjumpa dengan orang. Namun, saya jadikan isu tersebut sebagai hiburan sahaja dan bukan untuk menyerang mana-mana pihak. Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter hospital itu, saya muat naik satu Instagram Stories dan terangkan semula kepada mereka secara baik. Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini. Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” jelasnya.
Terdahulu, Ryan telah memuat naik sebuah konten mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital. Video berkenaan mendapat sambutan luar biasa sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi TikTok. Sebelum ini, Ryan memang dikenali sebagai pembikin konten yang selalu membawakan isu berkaitan dengan ragam masyarakat. Dalam perkembangan terbaharu, Ryan telah tercalon untuk kategori Popular Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.