SEJAK mengikat tali pertunangan dengan Youtuber Farisya Azman pada 19 Ogos lalu, nama penyanyi Yazid Izaham kembali menjadi sebutan selepas ramai tertanya-tanya mengenai kehilangannya daripada radar dunia seni sebelum ini. Yazid, 25, menjelaskan dia tidak pernah menghilang daripada bidang nyanyian sebaliknya kini sibuk dengan pekerjaan tetap dimilikinya membuatkan aktiviti seni terbatas. “Saya sebenarnya tak menganggap bidang nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa… Saya sebenarnya ada kerja tetap.
“Habis sahaja belajar pada penghujung 2020, saya terus bekerja sebagai juruteknik tetapi sekarang saya sudah menukar bidang… Saya bekerja di sebuah bank pula. Sejak awal menceburi dalam bidang nyanyian saya memang nak jadikan ia sebagai karier separuh masa sahaja,” katanya. Yazid yang pernah popular menerusi lagu Mudahnya Kau Berubah memberitahu kurang persediaan sebagai penyanyi membuatkan dia tidak mahu terlalu fokus kepada bidang nyanyian. Bagaimanapun kata Yazid, dia tidak menolak jika suatu hari nanti nyanyian akan menjadi karier sepenuh masanya suatu hari nanti. “Bagi saya banyak perkara untuk saya belajar dan bersedia terutama dari segi vokal sekiranya ingin menjadikan nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa,” luahnya.
Dia yang mula menujukkan bakat sejak usia 19 tahun turut memaklumkan masih lagi menerima panggilan membuat persembahan meskipun sudah tidak serancak sebelum pandemik. Jelasnya, dia mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lagu baharu namun masih belum berjumpa dengan karya sesuai dengannya. “Saya masih lagi dipanggil untuk lakukan persembahan walaupun sudah tidak keluarkan lagu baharu cuma sudah tak banyak seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.
“Tak banyak tapi masih ada… Buat masa sekarang nak kata lagu baru itu dah rakam tapi masih belum ada tarikh sesuai lagi untuk dilancarkan,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.