PUSARA Kapten Shahrul Kamal Roslan yang terkorban dalam nahas pesawat pada Khamis menjadi perhatian ramai kerana tanah di dalam liang lahadnya berwarna seakan-akan pelangi. Video itu dikongsi sendiri oleh salah seorang penggali kbr sebelum jnzah dikbmkan di Tanah Perkbran Islam Klang Gate, Hulu Klang, pada Ahad. “Hari ni dah masuk hari ketiga dah, jenzh yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ni, Ahad.
“Kebetulan hari ni ada satu lagi pemergian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Ini pandangan daripada dalam. “Pandangan dari lubang kbr dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza,” ujar penggali kubur itu. Penggali kubur itu pada mulanya berada di bahagian atas sebelum dia masuk ke dalam liang lahad untuk membuat rakaman video dengan lebih dekat dan jelas.
Video penggali kubur itu turut dikongsi semula oleh pendakwah Jafri Abu Bakar sehingga ia dihujani pelbagai komen warganet. “Mudah-mudahan ia merupakan salah satu tanda-tanda husnul khatimah kepada si mti. Allah boleh bagi sebarang tanda supaya manusia yang hidup boleh ambil iktibar atas apa yang berlaku. “Apabila dia pergi menghadap illahi terbakar, itu juga salah satu syahid. Mudah-mudahan akan dikurniakan oleh Allah kebaikan-kebaikan nanti di alam barzakh dan kiamat. Mudah-mudahan kita semua ambil iktibar apa yang kita saksikan,” ujar Jafri mengulas video itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan rasa sayu, tak kurang juga kagum dengan bukti kekuasaan Allah dalam video tular itu. “MasyaAllah, AllahuAkbar, Allah mengetahui segala rahsinya terhadap hamba yang dipilih dan terpilih. Subhanallah Allahuakbar. Betapa indah kuburnya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh, berada di taman-taman syurga. Subhanallah, seolah-olah kubur pun membuat persiapan untuk menyambut jenzhnya,” tulis warganet.
Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal pergi menghadap illahi selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Seramai 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal pergi susukan kejadian itu. Turut pergi, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis. Pesawat itu dalam penerbangan dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.