Sudah tujuh bulan bergelar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Ira Kazar kini sering menjadi tumpuan apabila sering berkongsi gambar masakannya di laman Instagram. Bagaimanapun, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin baru-baru ini menyelar tindakan seorang individu yang telah mengambil content miliknya dari Instagram lalu disunting ke aplikasi TikTok. Difahamkan, pengguna TikTok itu berkongsi hantaran Ira di Instagram yang memaparkan dirinya sedang memasak tomato bakar untuk menyiapkan makan malam iaitu creamy tuscan chicken. Klik sini untuk lihat video.
Tidak berpuas hati dengan tindakan pengguna TikTok itu, Ira tinggalkan komen dengan mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang dianggap telah mengambil content orang lain demi meraih likes dan views. “Admin b*tak likes dan views ke tu? Tak ada modal ke ambil content orang buat modal,” tulisnya. Susulan itu, pemilik akaun tersebut membalas komen mengatakan perkongsiannya mengenai Puteri Sarah lebih banyak views berbandingnya. Namun, Ira tampil menyelar tindakan pengguna TikTok itu supaya tidak lagi mengambil perkongsiannya di Instagram.
“Ok kalau macam tu jangan ambil content orang buat modal,” bidasnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi dan komen-komen yang ditinggalkan Ira telahpun dipadam. Sekadar info, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi melangsungkan pernikahan dengan Syamsul pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.