Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Marcella, sejak Ogos lalu. Menerusi temu bual eksklusif bersama Melodi, Afdlin bagaimanapun berkata dia enggan untuk mengulas lanjut kerana menyifatkan hal rumah tangga sebagai perkara yang peribadi. “Apa yang saya boleh kongsikan, alhamdulillah saya sudah pun berumah tangga dalam keadaan yang bahagia dan rasa tenang. Anak beranak saya dan bekas isteri juga mengenali dia dan merestui kami. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. Klik sini untuk lihat video.
Benda ini sangat personal, macam saya dengan bekas isteri pun orang ramai dan media jarang dapat lihat dia. Memang cara saya yang personal biarkan personal. Saya tidak mahu itu (cerita rumah tangga) menjadi fokus, biar saya yang hadapi dan galas. Setiap orang ada cara berbeza-beza untuk harungi dugaan dan cabaran hidup. Saya tengok orang lain punya perkahwinan dan perpisahan tersebar luas, pada saya penting ke perkara itu? Itu cara mereka, cara saya buat benda yang baik.” Difahamkan Marcella yang berasal dari Johor merupakan pengurus kepada Afdlin.
Dalam video sama, pemilik nama lengkap Afdlin Shauki Aksan, 52, berkata dia meminta orang ramai untuk mendoakan rumah tangganya bersama isteri kekal bahagia. “Tahun ini beraya dengan keluarga baru dan lama. Dia adalah seorang yang berasal dari Johor dan ada ketikanya bekerja dengan saya. Sekarang ini dia masih bekerja dengan saya. Kami bercinta pun kejap sahaja, saya ini dah berumur, tak ada nak bercinta lama-lama. Ini bukan testimoni kepada bekas isteri saya, bekas isteri menjaga saya dengan elok. Cuma ketika ini mengharapkan yang terbaik.
Penonton doakan saya dan isteri baru saya kekal, insya-Allah sampai jannah.” Terdahulu, bekas isteri Afdlin iaitu Maria Christina Orow menerusi hantaran di Instagram memaklumkan rumah tangga yang dibina selama 25 tahun sudah musnah dan mengesahkan sudah bercerai pada April lalu. Difahamkan, hubungan mereka mula bermasalah sejak pandemik Covid-19 sebelum masing-masing membuat keputusan untuk berpisah.
Untuk info, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.