Tular sepotong video memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya untuk menyapa seorang kanak-kanak yang mengenakan busana unik di acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai. Seri Paduka kemudian turun dari kenderaannya selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan. Klik sini untuk lihat video.
Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Ammara itu dilihat mengenakan busana gaun labuh yang dihiasi beberapa akseseori seperti tiara di atas kepalanya dan bunga raya di bahagian bajunya. Busana tersebut turut dilihat menggunakan elemen bendera Jalur Gemilang yang terdiri daripada warna biru, merah, putih dan kuning. Dalam video sama, Seri Paduka turut perkenan untuk merakam beberapa gambar bersama Ammara. Malah, Seri Paduka sempat menunjukkan reaksi terkejut selepas pengiringnya memaklumkan Ammara pernah tular di media sosial.
Sebelum ini, kisah Ammara pernah tular di media sosial apabila dia telah dimarahi oleh gurunya di sekolah ketika sambutan Hari Kemerdekaan. Difahamkan, Ammara dimarahi kerana mengenakan solekan ketika hadir ke sekolah. Bukan itu sahaja, guru tersebut turut bertindak membersihkan solekan pada wajahnya dengan menggunakan kain. Malah, bapa kepada Ammara yang dikenali sebagai Shazliey mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.
Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyifatkan momen Ammara bertemu dengan Seri Paduka sebagai ganti kepada kesedihannya. Dalam masa sama, wargamaya turut menumpang gembira melihat wajah ceria yang ditunjukkan Ammara. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.