Jodoh pasti bertemu bak kata Afgan. Itu yang boleh dikatakan untuk hubungan pelakon jelita, Zarina Anjoulie dengan kekasih hati, Datuk Seri Khazrul Elzey yang kembali terjalin selepas putus tunang pada Februari lalu. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa dengan Anju berkongsi video perbualan dengan Khazrul yang tidak lagi membenarkan dirinya berpakaian menjolok mata selepas ini. “Last papa bagi chance pakai baju menjolok mata. Jangan buang. Simpan nanti boleh bawa pergi ke luar negara.” Klik sini untuk lihat video.
Kata Anju, 36, dia tidak akan membuang semua busana yang terdedah aurat itu sebaliknya akan diberikan kepada wanita terpilih. “Banyak lagi dress saya yang macam ini, belum buka tanda harga lagi. Dah kena buang. Eh tak buang tapi bagi dekat orang lain. Sayang nak buang.” Dalam pada itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul berkata dia juga boleh mengenakan ‘dress’ menjolok mata itu pada waktu malam selepas berkahwin dengan Khazrul. “Bila dah kahwin nanti pakai masa tidur waktu malam boleh la.” Terdahulu, Anju mengakui sebab dia kembali ‘rujuk’ dengan bekas tunangnya adalah disebabkan status kewangan yang kukuh.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.