Teruk kena kritik dengan warganet sebab video berendam dengan suami, sekali Fasha Sandha tampil buat pengakuan maaf

Pelakon hebat, Fasha Sandha yang teruk dikritik warganet di media sosial selepas memuat naik video berendam dengan suaminya, Aidil Aziz telah mengeluarkan kenyataan. Menurut aktres itu, dia memohon maaf jika perkongsiannya telah mengguris hati mana-mana pihak memandangkan pelbagai cemuhan diterima diatas posting mesranya itu. Namun, Fasha menjelaskan bahawa apa yang dimuat naik merupakan salah satu tuntutan kerja dan dia masih lagi ‘makan gaji’ memandangkan hanya menjalankan tugas yang sudah dipersetujui.

“Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli. Saya hanya menjalankan tugas & komitmen. Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya,” ujarnya. Walau bagaimanapun, pelakon drama Rampas Cintaku itu mengatakan dia tetap berterima kasih kepada mereka yang memuji bahkan yang mengeji kerana ia tetap memberi makna. Tambahnya, dia tetap bersyukur dengan apa yang terjadi dan tidak sangka sudah enam tahun dia dan suami bersama-sama dalam menempuhi kehidupan.

“Ya perkahwinan ini adalah pinjaman daripada yang Esa. Kita tak tahu berapa lama pinjaman ni, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” tulisnya. Pejam celik dah enam tahun kami bersama, syukur. Apapun…” Fasha turut meminta agar pengikut media sosialnya itu siap-siap menanti sesuatu yang isitmewa akan berlaku sekitar jam 10 pagi 16 September nanti dan mungkin menjawab beberapa persoalan warganet berhubung video mesranya bersama suami itu..

Terdahulu, video berendam dan beradegan mesra bersama suami di dalam air telah mendapat kritikan warganet kerana merasakan ia terlihat begitu keterlaluan. Dia dan suami turut menerima teguran daripada pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa aksi mesra suami isteri sebenarnya tidak begitu elok ditayang di khalayak ramai. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.