Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan rasa bengang apabila terdapat warganet bertanya soalan yang tidak masuk akal iaitu ‘casing’ telefon jualannya boleh dibawa masuk ke syurga atau tidak. Difahamkan, kemarahan Leona yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman tercetus selepas segelintir warganet mempertikaikan dia menjual casing telefon bimbit menerusi sesi siaran langsung, baru-baru ini. Leona bagaimanapun menjawab dengan nada sinis dengan menyuruh individu berkenaan ‘mti’ terlebih dahulu dan dikbmkan bersama casing jualannya sama ada boleh masuk ke syurga atau tidak. Klik sini untuk lihat video.
“Nanti bila kau mti, kau suruh keluaga you kebmkan awak dengan casing-casing ini dan nanti dekat padang mahsyar bagitahu I kalau boleh masuk syurga dengan casing I okay.Aku cari kau… bagitahu I kalau kau boleh masuk dengan beli. “jawabnya. Tambah Leona, dia berharap agar mana-mana individu untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bertanya soalan yang aneh terutama perihal syurga dan nrka. Leona berkata, soalan yang ditanya oleh segelintir warganet itu adalah keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya dan mahu membaling telefon kepada mereka.
“Seriously, guna otak sikit, duduk tutup mata fikir, soalan valid atau bdh. Ini soalan bab syurga neraka ni, aku tak tahu, kau pun tak tahu, jadi jangan tanya. Kita ada malaikat, dia akan catat dan kita tengok la. Kau ni tengok tu, buat aku panas baran pula dah. Jangan buat I marah lagi. Aku baling ni dekat kepala kau, pecah tau macam kelapa,” marahnya penuh sopan dengan menggunakan bahasa Melayu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dengan Leona yang dilihat gigih mencari da menggunakan perkataan sesuai dalam bahasa Melayu ketika sedang marah. Malah, mereka juga menyifatkan kemarahan Leona dalam bahasa Melayu itu adalah comel dan kelakar.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.