Sejak beberapa hari lalu, nama anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas dia didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya. Isu tersebut telah menyorot perhatian orang ramai termasuk pelakon Datin Seri Umie Aida. Biarpun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun perkongsian Umie di Instagram miliknya baru-baru ini seakan berkaitan dengan kontroversi tersebut.
Menerusi perkongsian itu, Umie berharap semua pihak berhenti mengulas isu tersebut dan memberikan ruang kepada mereka yang terbabit. “Kecoh satu Malaya, macam kes kerat orang. Cukup-cukup la tu. Bagi ruang untuk mereka.” Sementara itu, di ruang kapsyen Umie menegaskan tujuannya berkata demikian bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak, sebaliknya hanya berharap mereka yang terlibat dapat selesaikan masalah itu secara privasi. “Ya Allah, dari semalam saya buka IG semua fasal isu tu. Bukan saya nak back up, tapi tolong la, bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu.
Ingat, ujian kita di hari akan datang kita tak tahu. Maka berdiam adalah yang terbaik.” Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecrngn bekas suaminya dengan anak kepada Abby iaitu Marissa Dania, 18. Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia dilepaskan suaminya yang dikenali sebagai Aslam selepas tiga tahun mereka melayari bahtera rumah tangga.
Sabtu lalu, Marissa tampil memuat naik kenyataan di Instagram mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga wanita terbabit. Bagaimanapun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah seratus peratus benar. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.