USAHAWANÂ kosmetik Eriyca Baiduri berkongsi video gelagat suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh terlalu memanjakan bayi lelaki mereka. Kata Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 33, suaminya tidak mahu anak mereka diberi nama Ahmad Kayden mandi dengan air paip semasa berada di kampungnya di Besut, Terengganu. Disebabkan itu, suaminya sanggup membelikan beberapa botol air mineral untuk dijadikan air mandian anaknya itu. Klik sini untuk lihat video.
“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip… air mineral dia beli. Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja,” kongsinya menerusi aplikasi TikTok. Dalam rakaman tersebut, pembantunya dilihay mencampurkan air suam bersama beberapa botol air mineral ke dalam bekas mandian bayi. Meskipun terhibur dengan tindakan suaminya itu, Madammu percaya itu merupakan salah satu cara suaminya menunjukkan rasa kasih kepada anak mereka. “Korang kecam sikit TP (suami) itu. Tapi begitulah kasih bapa yang jarang orang nampak,” luahnya.
Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan. Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga. Tiga anak Azri iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi dijaga dengan baik oleh Madammu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.