ISTERI kepada Shuib meluahkan rasa teruja apabila dia berpeluang tidur sekatil berdua bersama penyampai radio Suria FM itu buat kali pertama ketika bercuti di Semporna, Sabah. Watie atau Fati Nikmatil Adawiah Hanifiah, 35, berkata, sebelum ini dia dan Shuib terpaksa tidur berhimpit dengan tiga orang anak mereka yang lain iaitu Uwais, Talita dan Matin. Kata Watie usaha untuk memisahkan anak-anaknya tidur berasingan tidak mudah apabila masing-masing enggan mengalah untuk tidur bersama mereka. “Kita berjaya daddy! Buat pertama kali mummy dan daddy dapat tidur berdua… tapi katil sebelah-belah saja lah pun.
“Biasa akan berhimpit sekali lima tapi ini pun dah jenuh lat tali lat… ohsom sebab semua tak nak tidur tepi sana. Semua nak tidur tepi sini dengan dummy dan daddy,” katanya. Watie berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang memaparkan tiga orang anaknya itu sedang lena tidur bersama. Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu. Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.