Nama pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tidak asing lagi dalam kalangan warganet kerana terkenal dengan sifat pemurahnya dalam membantu orang dalam kesusahan. Baru-baru ini, pempengaruh berusia 23 tahun itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila memuat naik video di Instagram mengenai memberi bonus kepada pekerjanya. Aisar selaku pemilik dan pengasas pasukan bantuan AK Legacy Team memberi kejutan kepada 10 orang pekerjanya dengan bonus sebulan gaji, namun tidak dinyatakan jumlah sebenar. Klik sini untuk lihat video.
Dalam hantaran itu juga, kelihatan kesemua kakitangannya berbaris untuk menerima bonus dan ditanya oleh Aisar berkenaan tujuan duit tersebut akan digunakan. Rata-rata kakitangannya memberikan jawapan yang sama, iaitu kebanyakan berkongsi akan menyimpan dan beri sedikit duit saku buat orang tua mereka. Namun begitu, salah seorang pekerjanya memaklumkan duit tersebut akan disimpan bagi tujuan membawa ibu menunaikan umrah telah menyentuh hati Aisar.
Aisar kemudiannya dengan baik hati memberitahu bahawa dia berhasrat untuk menaja ibu kepada pemuda tersebut mengerjakan ibadah umrah namun meletakkan syarat. “Kalau video ni dua juta (tontonan), saya taja mak dia pergi umrah,” katanya. Teruja dengan kenyataan Aisar, pemuda tersebut meminta orang ramai yang menonton supaya membantu berkongsikan video itu supaya dapat mencapai sasaran. Sekadar info, AK Legacy Team merupakan pasukan kongsi rezeki yang diasaskan oleh Aisar supaya dapat membantu lebih ramai orang di luar sana.
Antara bantuan yang pernah diberikan adalah menghadiahkan 20 biji motor kepada pengikut Aisar selain pemberian wang tunai kepada orang awam. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.