NYANYIAN Azharina di konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kurang memberangsangkan sehingga mendapat kritikan barisan juri. Azharina pada minggu lalu menerima pujian bagaimanapun kali ini tidak memberikan persembahan seperti yang diharapkan. Juri tetap iaitu Datuk Ramli MS menganggap nyanyian lagu Sayang Disayang itu kurang baik tidak seperti semasa sesi raptai. “Dia menyanyi tak bagus malam ini. Semasa sesi latihan (rehearsal) lebih baik,” komennya.
Manakala, juri kedua Hetty Koes Endang pula memberitahu Azharina gagal menjiwai lagu tersebut yang sepatutnya menceritakan kisah sedih dalam percintaan. Begitu juga dengan komen Datuk Syafinas yang memberitahu Azharina seakan-akan tersalah menyampaikan penceritaan dalam lagu nyanyian asal Rubiah itu. Tampil menjawab komen juri-juri, Azharina berkata dia telah dikurniakan dengan suara sedemikian. Malah, dia juga melakukan persembahan dengan penyampaian begitu selepas mendapat nasihat Ramli untuk nampak lebih bersahaja di atas pentas.
“Suara saya ini Allah SWT yang kurniakan. Selepas saya bertanya dengan orang lama dan belajar daripada mereka yang berpengalaman, lagu ini ialah mengenai pemergian seorang kekasih. Waktu saya rehearsal, ada yang minta saya longgarkan sedikit cara nyanyian,” jawabnya. ASGV bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.