Masih belum habis kontroversi, bekas isteri Nd Lala luah rasa kesal bila ada yang gelar dia dengan gelaran tak baik

KONTROVERSI perpisahan penyanyi Datuk ND Lala nampaknya masih belum berkesudahan apabila kali ini bekas isteri iaitu Fauziah Sarman meluahkan rasa kesal apabila menerima hinaan warganet di media sosial. Fauziah, 55, terkilan apabila ada individu menulis komen negatif membabitkan dirinya dan anak-anak di laman sosial. Katanya, lelaki berkenaan mengutuk dan menggelar dirinya dengan panggilan yang tidak baik. “Masuk Instagram saya dan kata saya serta anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda,” katanya.

Fauziah berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Khamis berserta tangkap layar dipercayai akaun Instagram milik lelaki berkenaan. Tidak melatah dengan komen itu, Fauziah secara halus turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Malah dia juga membuat telahan lelaki berkenaan ada pertalian drh dengan ‘penyondol’ yang dipercayai merujuk kepada isteri baharu ND Lala. “Terima kasih hina kami. Awak pun lahir dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini.

“Apa maksud musibat? Mentua bekas suami saya orang Melaka… saudara-mara penyondol itu ke?” ujarnya. Untuk rekod, ND Lala atau Amir Hamzah Salleh, 62, melafazkan cerai terhadap Fauziah menerusi pesanan Whatsapp pada 2 Ogos lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.