Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memberitahu dia dan isterinya, Bella Astillah sering berbincang soal kerjaya masing-masing. Menurut laporan Gempak, pasangan ini sering berkongsi apa jua perkara melibatkan kerja. Hal tersebut termasuklah lakonan Bella yang sering digandingkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang lebih muda. “Saya juga seorang pelakon and ‘I know how it is’. Jadi kita berdua memang banyak berbincang soal kerja. “Apa sahaja yang saya kurang senang, saya akan share dengan dia. Dan apa sahaja yang dia kurang senang, dia akan share dengan saya. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut menyokong isterinya itu yang kini aktif dalam dunia lakonan. “Rezeki dia, saya harus sokong seperti mana dia menyokong kerjaya saya,” katanya lagi. Untuk info, Bella pernah bergandingan dengan pelakon Hazeeq Dean, Muaz Zabir & Ahmad Adly. Menurut Bella, dia turut memaklumkan dia mempunyai cara tersendiri untuk menjaga batas dengan pelakon lelaki. Malah meminta pelakon lelaki yang jauh lebih muda daripadanya meminta menggelarnya dengan pangkat ‘kakak’. Terdahulu Bella turut mengaku hubungan mereka baik-baik sahaja dan memilih privasi sebagai keutamaan.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.