Sebelum ini, nama isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjadi perhatian apabila tidak lagi bertudung pada awal tahun lalu. Malah, penampilan Nazira juga turut menjadi bualan selepas tidak lagi berhijab. Terbaru, perkongsian Nazira di Insta Story menjadi perhatian apabila seolah memberi pesanan kepada mereka diluar sana tiada hak untuk menegur mengenai cara pemakaiannya. “Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tak ada hak untuk menegur atau memberikan komen terhadap apa yang saya pakai,” tulisnya.
Terdahulu, Nazira menafikan dakwaan dia mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap itu. Katanya lagi, itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej lagi. Menurut Nazira lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri meskipun sedar sering menjadi sasaran nkritikan warganet di media sosial. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.