ANAK sulungnya Allahyarham Bad Indigo terkilan hajat bapanya mahu menghadiahkan sepasang but bola sepak kepadanya tidak kesampaian. Rayyan, 14, berkata, itu juga adalah perbualan terakhir di antara mereka sebelum menerima perkhabaran bapanya itu pergi menghadap illahi sekitar pukul 7 malam Khamis. “Perbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam (Khamis). Ayah cakap dia nak belikan but bola untuk saya tapi mungkin dalam dua hari lagi,” katanya. Rayyan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya pada Jumaat.
Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah disahkan pergi menghadap illahi di tempat kerjanya di Ampang, Selangor. Allahyaraham tiba-tiba rebah disebabkan sesak nafas sebelum pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja. Bad pergi menghadap illahi pada usia 48 tahun. Selain Rayyan, Bad juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Rania, 13, yang kedua-duanya di bawah jagaan bekas isteri pertamanya di Muar, Johor. Dalam pada itu, Rayyan memberitahu mereka bergegas ke Kuala Lumpur selepas mendapat perkhabaran bapanya pergi menghadap illahi.
Rayyan yang setia menemani jenazah di masjid berkenaan juga tidak dapat bercakap panjang ketika ditemui media kerana berada dalam keadaan sedih. Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid berkenaan untuk dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan sebelum dikebmkan di Tanah Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat. Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani operasi secara berperingkat memotong jari kaki kirinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Biarpun pergerakkannya terbatas, Bad sedaya upaya cuba untuk menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan individu lain.
Selain aktif menyanyi Bad juga bekerja tetap sebagai pembantu jualan dan pemasaran di Reiber Auto yang terletak di Bukit Permai, Ampang, Selangor. Bad juga merupakan salah seorang selebriti terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kesengsaraan hidupnya baru sahaja ditayangkan pada Khamis iaitu berberapa jam sebelum berita sedih ini berlaku. Untuk rekod, selepas bercerai dengan isteri pertama, Bad bertemu jodoh dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun berpisah pada Jun 2022.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.