Ada yang cakap dia tak jaga suami masa sakit, ini pula luahan dari Noniswara

Pelakon Datin Seri Noniswara berasa sedih apabila diuji dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan kepada dirinya dan arwah suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Noniswara berkata dia hilang tempat mengadu di kala sedang berhadapan dengan kesulitan. Meskipun perit untuk dihadapi namun Noniswara menyatakan dia tetap akan menempuhnya seorang diri. “Sayang, banyak sungguh fitnah yang dilemparkan pada saya dan awak. Dulu kalau orang kacau saya, awak mesti mempertahankan saya. Sekarang, awak dah tak ada, no one back up me.

Masa awak ada, tak berbunyi dan tak berani. Sekarang, awak tak ada, baru nak berbunyi. Allah saja yang tahu. Tak apa la sayang, akan ku tempuhi hidup ini dan fitnah tanpa awak. Kesian kat saya, sayang. Dalam pada itu, ibu kepada aktres sedang meningkat naik, Erysha Emyra turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak pernah menjaga suami yang terlantar sakit ketika di hospital. Tegas Noniswara, dia berada di sisi suami sejak hari pertama dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit strok sehinggalah nafas terakhir.

Pada 1 Oktober lalu, Noniswara memaklumkan Allahyarham Sheikh Nordin telah pergi menghadap illahi jam 10.16 malam, di sebuah hospital swasta. Untuk rekod, Noniswara mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Sheikh Nordin sejak sembilan tahun lalu namun tidak dikurniakan cahaya mata. Allahyarham Sheikh Nordin juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkahwin dengan Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.