Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menerima kritikan hebat daripada warganet yang salah faham terhadap perkongsiannya di Instagram berhubung isu Israel dan Palestin, baru-baru ini. Ketika ditemui, Michael Ang berkata tuduhan tersebut dipercayai berpunca daripada ulasan oleh pempengaruh media sosial, Caprice yang mendakwa dirinya menyokong tindakan kejam Israel. Lebih parah apabila ada segelintir warganet menggesa Michael untuk keluar daripada Islam. Dalam masa yang sama, Michael berkata bahawa dia tidak kisah warganet mengkritik dirinya tetapi jangan sesekali mengheret atau menyetuh perihal keluarga termasuk anaknya.
“Yang keluarkan kenyataan itu adalah saya. Kalau nak maki, maki lah saya. Jangan libatkan keluarga dan anak saya. Apa yang saya post adalah pendapat saya dan apa yang rasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita ada pendapat kita sendiri. Pada tahun 2021, saya pernah post tentang Gaza kemudian hantaran tu kena padam. Akaun media sosial saya disekat daripada siaran langsung selama dua bulan. Jadi saya tahu benda tu tak boleh. Bila saya post yang baru-baru ini, saya tak letak nama samada Israel atau Palestin.”
Dalam pada itu, Michael sempat menegur Caprice supaya membaca dan memahami apa-apa kenyataan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan. “Caprice memanipulasi kenyataan dan mengatakan saya menyokong kegnsn Israel. Kalau warganet yang komen pasal saya, saya tak layan. Tapi sebab Caprice yang bersuara, saya balas balik dan siap tag namanya di Instagram. Caprice sangat melampau. Semua benda dia nak masuk campur tetapi tidak tahu hujung pangkal. Dia ada nombor telefon dan boleh hubungi saya.”
Terdahulu, Caprice menerusi satu hantaran video di Instagram menyindir Michael dan seolah-olah menuduh pengarah itu menyokong kekjman Israel terhadap Palestin. Susulan daripada tindakan tersebut, Michael meminta supaya penyanyi itu tidak menjadi batu api dan memanipulasikan kenyataannya. Menurut Michael, dia bukan saja membenci tindakan Israel malah mengkritik sokongan kuasa besar dunia yang membantu rjm Zionis itu melakukan kegnsn.
Sekadar info, Michael Ang akan menjadi salah seorang juri dalam satu program masakan Dapur Tempur Selebriti yang bakal ditayangkan bermula 18 November 2023 (setiap Sabtu) di TV3 pukul 8:30 malam. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.