PELAKON dan penyanyi Jaafar Onn memaklumkan dirinya sudah 17 hari berada di wad Hospital Serdang kerana mengalami sesak nafas dan melakukan operasi lutut. Jaafar, 72, berkata, dia ke hospital pada 1 Oktober lalu selepas mengalami kesesakan nafas. Kata Jaafar, selama berada di hospital, dia melakukan pemeriksaan rapi dan bersyukur kerana doktor memaklumkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. “Pada mulanya memang saya mengalami sesak nafas… doktor tahan saya di wad untuk lakukan beberapa pemeriksaan.
“Selama berada di wad, banyak pemeriksaan yang perlu saya lakukan dan syukur saya tidak mempunyai sebarang penyakit seperti kencing manis, drh tinggi, lemah jantung… hati pun okay,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Jaafar memberitahu dia ada mengadu kepada doktor tentang keadaan lutut yang dikatakan agak tidak selesa. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati lutut penyanyi itu mengalami jangkitan kuman dan bertindak untuk melakukan operasi.
“Saya mengadu pada doktor bahagian lutut saya berasa tidak selesa… saya tidak berasa sakit tetapi lebih kepada rasa tidak selesa. Doktor mengambil drh dan spesimen pada lutut dan keputusan menunjukkan ada dijangkiti kuman. Syukur operasi selamat dijalankan pada minggu lalu,” ujarnya. Jaafar bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang tahap kesihatannya itu. Kata Jaafar, keadaannya semakin baik dan tidak ada perkara serius yang berlaku.
“Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang memberangsangkan dan semakin baik. Terima kasih kerana ambil tahu tentang saya… insya Allah kata doktor saya boleh keluar wad dalam masa terdekat ini,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.