Masih hangat diperkatakan mengenai isu pertelingkahan keluarga Shila Amzah yang dikatakan berkaitan tindakan penyanyi tersebut ingin menjual rumah yang didiami ibu dan adik beradiknya. Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah peguam syarie terkenal, Datuk Akberdin Abdul Kader yang menjelaskan lanjut mengenai apa yang dimaksudkan sebagai harta pusaka. Menurut mStar, Datuk Akberdin berkata, rumah yang menjadi punca pertelingkahan adik beradik itu masih belum boleh dianggap sebagai rumah pusaka memandangkan pemiliknya, Shila masih lagi hidup.
Harta seseorang menjadi pusaka apabila mereka sudah pergi menghadap illahi selain semua urusan si mti seperti hutang telah diselesaikan. “Harta seseorang hanya akan menjadi pusaka selepas pemiliknya pergi menghadap illahi namun mereka boleh membuat wasiat bagi mengelakkan masalah lebih besar. Harta-harta berkenaan hanya boleh dibahagikan mengikut faraid selepas waris menyelesaikan semua perkara berkaitan si mti termasuk selepas menolak hutang wasita, badal haji dan sebagainya. Tapi kalau pemiliknya masih hidup tidak boleh dianggap sebagai pusaka termasuk rumah,” katanya.
Akberdin juga pada masa yang sama menjelaskan bahawa selagi pemilik rumah masih hidup, dia berhak melakukan apa sahaja terhadap harta yang dimilikinya. Ia termasuklah menyerahkan ia kepada orang yang menjadi pilihannya. “Kalau pemilik masih hidup dia bebas untuk lakukan apa sahaja termasuklah menghibahkan harta tersebut kepada sesiapa yang dia mahukan. Nak jual pun tiada masalah sebab harta itu di atas namanya,” jelasnya. Katanya lagi, disebabkan Shila mempunyai seorang anak lelaki, dua adik lelakinya iaitu Amir Shafiq dan Amir Shahir serta adik perempuannya Syada Amzah tidak tersenarai sebagai waris mengikut faraid.
Namun, ibu bapa Shila iaitu Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman serta suaminya, Ubai layak sebagai penerima harta pusaka sekiranya penyanyi itu pergi menghadap illahi. “Anaknya merupakan waris asoboah, selain anak lelaki, suami dan ibu bapa juga layak menerima sebahagian daripada harta pusaka ditinggalkan. Adik beradik tidak tersenarai disebabkan Shila mempunyai anak lelaki. Jadi ibu bapa (sekiranya berlaku pemergian) hanya dapat 1/6 manakala suami 1/4 dan selebihnya milik anak lelaki,” jelasnya.
Harap isu adik beradik ini dapatlah diselesaikan dengan baik dan masing-masing dapat capai kata sepakat berhubung isu penjualan rumah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.