Dah dapatkan nasihat dari Ustaz, Zarina Zainuddin rancang bakal jumpa keluarga besan tahun depan

Pelakon Zarina Zainuddin mengesahkan anak istimewanya, Azal serius untuk membawa perhubungan dengan wanita berasal dari Indonesia dikenali sebagai Rahmah ke fasa perkahwinan. Memetik Kosmo, Zarina bagaimanapun meminta Rahmah agar tidak terburu-buru menima Azal sebagai pasangan. Zarina juga merancang untuk berjumpa keluarga Rahmah tahun hadapan. “Ada perancangan untuk jumpa keluarga perempuan. Azal kata mungkin tahun hadapan, saya cuma bagi masa. Saya mahu Rahmah terima Azal seadanya. Tidak mahu paksa-paksa, kalau tidak suka, tiada masalah. Saya boleh jaga anak saya tetapi kalau suka, boleh teruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia sudah mempersiapkan Rahmah cara untuk menjaga Azal. Namun, Zarina mengakui dia belum sepenuhnya bersedia untuk melepaskan anaknya itu. “Saya ada cuba ajar Rahmah dengan cara saya dan sepanjang Azal bersama Rahmah, dia sangat ‘gentleman’. Cuma sebagai ibu, saya belum bersedia melepaskan dia 100 peratus. Saya bagi mereka masa kerana masing-masing akan memulakan kehidupan baru bersama-sama,” katanya. Sementara itu, Zarina turut berkongsikan dia sudah pun mendapatkan nasihat daripada ustaz sebelum anaknya mendirikan rumah tangga.

“Saya juga sudah merujuk ustaz dan dia kata boleh untuk Azal berkahwin kerana dia dalam kategori budak yang faham. Sekarang pun dia bekerja di Singapura dan saya sengaja tinggalkan dia berniaga di sana supaya boleh berdikari,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.