Tak dinafikan, nama Fatin Umaidah iaitu wanita yang dipercayai merupakan isteri kedua pempengaruh, Alif Teega menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Terbaharu, tular satu akaun Instagram yang menggunakan nama Fatin Umaidah dan lebih menarik perhatian ramai apabila bio pada profil akaun tersebut meletakkan nama Mohd Hazalif (Alif Teega) dengan diikuti dengan emoji cincin. Tidak cukup dengan itu, individu terbabit turut menulis ‘The man I prayed for’ bersama emoji hati berwarna putih. Sejak daripada itu, profil Instagram individu yang mengaku sebagai Fatin Umaidah telah tular di platform media sosial lain sehingga ramai warganet menyifatkan wanita terbabit tidak tahu malu meskipun sudah ‘merampas’ kebahagiaan rumah tangga orang lain.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah komen ringkas yang ditinggalkan oleh Alif. Menurut Alif, isteri keduanya itu, tidak mempunyai akaun media sosial. Susulan daripada komen tersebut, ramai netizen mula mengecam Alif dan mendakwa lelaki itu cuba membela wanita bernama Fatin Umaidah. Walau bagaimanpun, tidak kurang juga ada netizen yang berasa curiga kerana terlalu banyak akaun Instagram yang memiliki nama dan bio serupa muncul selepas isu ini viral.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.