Selepas bertubi-tubi kritikan yang diterima akibat daripada pendedahan berkahwin buat kali kedua, Alif Teega hari ini telah memuat naik satu posting baru di Instagram yang mendapat perhatian ramai. Menerusi posting tersebut, Alif telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika dia dan isteri pertama, Aisyah Hijanah menaiki motosikal bersama ketika menyambut ulang tahun perkahwinan tidak lama dulu. Menurut Alif, seseorang itu tidak akan bahagia jika dia asyik memikirkan cara bagaimana nak membuatkan orang lain melihat dirinya kelihatan bahagia. Klik sini untuk lihat video.
Malah katanya lagi, bahagia juga bukanlah sesuatu yang boleh dipaparkan dan hanya boleh dirasai di hati serta ia sesuatu yang tidak boleh dibuat-buat. “Tidak dinamakan bahagia jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia.
Bahagia itu adalah ‘rasa’ bukan ‘perisa’ yang direkacipta oleh manusia. Bahagia itu bukan pada paparan, tapi pada hati. Bahagia itu tidak mampu dibuat-buat, dan tidak mampu disembunyi jika kamu yang rasa bahagia, maka itu tandanya kamu bahagia. Bukan bahagia yang dilihat orang,” katanya. Namun begitulah resam manusia katanya, sering menghukum dan memberi pandangan kasar tentang apa yang berlaku sedangkan dia dan isterinya bahagia kerana Allah menjaga kebahagiaan mereka.
“Manusia sentiasa bercakap, menghukum dari pandangan kasar mereka. Mereka tak mampu untuk menyelami hati dan akibat perbuatan itu kadang-kadang menghasut keadaan menjadi keruh. Tapi tidak pada kami, Allah jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh. Kerana takdir tertulis seperti itu. Alhamdulillah, kami bahagia,” tulisnya. Namun kata-kata puitis Alif telah dibidas oleh warganet yang mana rata-rata merasakan posting itu agak ‘try hard’ dan tidak memaparkan kebahagian sebenarnya yang disebut-sebut Alif. Malah ada juga mempertikai, jika benar Alif bahagia kenapa dia berkahwin seorang lagi? Uish panas soalan warganet ni…
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.